Sambutan raya di sekolah, merupakan hari yang ditunggu oleh semua pelajar, kerana mereka dapat bekerjsama dalam mengurus dan menyiapkan juadah. Pada masa yang sama, pelajar dapat memperagakan baju raya masing-masing. Sepanjang sambutan lagu-lagu raya turut dimainkan, dan pelajar diberi peluang untuk membuat ucapan khas 'Selamat Hari Raya'.
Tuesday, October 12, 2010
Konvo C Uziah
Raya 2010
Monday, September 6, 2010
Majlis Meraikan Sahabat

Wednesday, July 21, 2010
Rekod Baru
Hari ini, saya turun lambat ke tempat kerja. Kalau kebiasaanya bertolak pada jam 5.30 pagi tapi hari saya bertolak jam 6.30 pagi. Pada waktu tu, alarm jam telefon bimbit sudah berbunyi, menunjukkan jam 4.30 pagi, tapi entah kenapa, saya rasa masih terlalu awal dan mata pun berat untuk dibuka. Ingatkan nak bangun jam 4.45 pagi seperti kebiasaannya. Namun kelewatan hari ini, kerana isteri dan anak-anak tidak berapa sihat. Saya rasa terharu sangat, kalau bukan kerana lawatan dari KPM, tentunya saya mc saja, tapi komitmen pada tugas, kadang kadang saya rasa kebajikan keluarga terabai. Wajarkah saya bersikap demikian?ini merupakan satu pertanyaan dalam benak saya sepanjang perjalanan. Namun saya berdoa, semoga isteri dan anak anak saya sihat sejahtera dan selamat dalam perjalanan ke sekolah mereka.
Di pendekkan cerita sepanjang perjalanan ke tempat kerja, kesesakan di jalan raya, menguatkan saya menguap beberapa kali, mungkin bosan dan juga takut ada masalah dengan kereta, kalau kesesakan ini memakan masa yang lama. Alhamdulillah, saya sampai pada jam 7.45 pagi yang merupakan satu rekod pada hari ini. Kalau selalunya saya sampai awal, tapi hari ini dalam benak saya, bukan selalu kalau nama naik dan tercatat dalam pihak pengurusan. Saya bertanggungjawab penuh, namun akhirnya saya maklumkan pada pengurusan tertinggi sebab kelewatan dan akhirnya saya berjaya membentangkan aktiviti atau program yang pernah dilaksanakan. Sebelum itu, abang saya menelefon memberitahu bahawa kami perlu balik kampung kerana ada musibah, namun kerana komited pada tugasnya, semuanya diketepikan. Ya Allah, mampukah saya berdepan lagi situasi seperti ini.
21 Julai 2010(Rabu)
Masa Lawatan : 11.00 pagi
Monday, July 5, 2010
Sunday, July 4, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)