Majlis yang boleh dinamakan 3 dalam 1. Pertama Majlis meraikan sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan Disember, diikuti dengan Majlis Perpisahan Cikgu Farhana dan Cikgu Erna dan majlis bersama dengan ibubapa pelajar kelas KRK sempena program orientasi kelas tersebut. Memang majlis agak sederhana, namun kerana masih lagi memegang jawatan Pengerusi Kelab Staf mahu tidak mahu perkara ini perlu dibuat demi kebajikan rakan sejawat.