Wednesday, June 8, 2011
Lawatan Keluarga - Di Wildpark, Kinarut
Bersama dengan sebahagian ahli keluarga berkunjung ke wildpark, Kinarut untuk mendedahkan anak-anak tentang keindahan flora dan fauna. Memang mereka teruja, lantaran kerenah si kecil-kecil yang keseronokkan melihat haiwan-haiwan yang pelbagai. Sakit pinggang, kerana mendukung cucu-cucu adalah lumrah, lagipun bukan selalu mereka hanya akan balik setahun sekali sahaja. Ini juga adalah satu aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, tambahan lagi memang keluarga besar. Insyaallah, dilain waktu dan kesempatan kita akan pelbagaikan lagi aktiviti keluarga supaya lebih menarik dan menjadi kenangan indah dan teristemewa.
Percutian Di genting Highlands

Lari dari kesibukan kerja, untuk mencari ketenangan sementara waktu, bagi meringankan sedikit fikiran dan masa yang sama cuba meneroka untuk pembangunan desa tercinta. Landskap memang cantik dan boleh membuatkan sesiapa akan terkesima. Terlalu banyak memori yang menjadi sejarah walaupun dalam beberapa waktu, lantaran memikirkan ada lagi yang perlu diutamakan, maka percutian tidak boleh terlalu lama. Walaupun, percutian ini diharapkan mampu memberi ilham baru agar terus komited pada kerjaya untuk motivasi anak-anak tercinta.Aktiviti Bersama PRS Maktab Sabah
Monday, June 6, 2011
Majlis Perkahwinan Junaidi Takedir
Tarikh : 4 Jun 2011 (Sabtu)
Majlis pernikahan berlangsung pada 2.30 petang iaitu 3 Jun 2011 (Jumaat). Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat, rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan yang memakan masa lebih kurang 30 minit. Rombongan dihadiri oleh kedua-dua keluarga terdekat sama ada bagi pihak pengantin lelaki mahupun pihak pengatin perempuan.

Subscribe to:
Comments (Atom)