Sunday, July 10, 2011

Lokasi yang berbeza.






Dalam diam-diam terpanggil saya untuk mengemaskini blog yang lama tidak dibuka. Lantaran terlalu sibuk dengan tugasan harian, namun dikesempatan ini saya memaparkan picture yang berlainan tempat. Bersama dengan pelajar PRS yang menghadiri Seminar Peringkat Kebangsaan di Kelantan dan juga gambar bersama anak dan isteri yang diambil ketika sedang mencuba laptop yang baru dibeli. Situasi di Papar dan Kota Belud, adalah lokasi yang dipilih. Semoga ianya akan menjadi sejarah kepada anak cucu untuk melihat gambar ini dimasa akan datang.

Wednesday, June 8, 2011

Majlis Meraikan Sahabat





Lawatan Keluarga - Di Wildpark, Kinarut






Bersama dengan sebahagian ahli keluarga berkunjung ke wildpark, Kinarut untuk mendedahkan anak-anak tentang keindahan flora dan fauna. Memang mereka teruja, lantaran kerenah si kecil-kecil yang keseronokkan melihat haiwan-haiwan yang pelbagai. Sakit pinggang, kerana mendukung cucu-cucu adalah lumrah, lagipun bukan selalu mereka hanya akan balik setahun sekali sahaja. Ini juga adalah satu aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, tambahan lagi memang keluarga besar. Insyaallah, dilain waktu dan kesempatan kita akan pelbagaikan lagi aktiviti keluarga supaya lebih menarik dan menjadi kenangan indah dan teristemewa.

Percutian Di genting Highlands





Lari dari kesibukan kerja, untuk mencari ketenangan sementara waktu, bagi meringankan sedikit fikiran dan masa yang sama cuba meneroka untuk pembangunan desa tercinta. Landskap memang cantik dan boleh membuatkan sesiapa akan terkesima. Terlalu banyak memori yang menjadi sejarah walaupun dalam beberapa waktu, lantaran memikirkan ada lagi yang perlu diutamakan, maka percutian tidak boleh terlalu lama. Walaupun, percutian ini diharapkan mampu memberi ilham baru agar terus komited pada kerjaya untuk motivasi anak-anak tercinta.

Aktiviti Bersama PRS Maktab Sabah





Sebahagian dari anak-anak PRS Maktab Sabah, semasa menjayakan sesuatu program sekolah. Komitmen pelajar dalam membantu pelaksanaan aktiviti amat memuaskan kerana PRS merupakan tulang belakang sekolah dalam membantu UBK untuk menangani pergolakan emosi pelajar yang sama sebaya dengan mereka. Usaha yang diwujudkan ini, sedikit sebanyak membantu pelajar untuk saling berkongsi maklumat dalam mencari identiti dan jati diri yang tidak dapat dikongsikan dengan orang dewasa. Apapun, PRS sentiasa dibimbing dan dipantau agar dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan sesuai dengan slogan 'bantu diri dan bantu orang lain'.

Monday, June 6, 2011

Majlis Perkahwinan Junaidi Takedir








Tarikh : 4 Jun 2011 (Sabtu)
Majlis pernikahan berlangsung pada 2.30 petang iaitu 3 Jun 2011 (Jumaat). Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat, rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan yang memakan masa lebih kurang 30 minit. Rombongan dihadiri oleh kedua-dua keluarga terdekat sama ada bagi pihak pengantin lelaki mahupun pihak pengatin perempuan.

Friday, April 1, 2011

First April 2011.

Ia adalah tarikh yang tak mungkin dilupa. Insiden dengan pihak-pihak tertentu boleh mendatangkan rasa marah. Namun berkat kesabaran yang ada, akhirnya berjaya meleraikan rasa marah yang membuak-buak kerana hasutan dan bisikan dari namanya makhluk syaitan yang dilaknat oleh Allah swt. Bermula dengan perbincangan tentang pembelian ' extension wayar' yang akhirnya menyinggung perasaan orang lain kerana adanya pengaruh luar yang cuba mengapi-apikan keadaan. Namun, ilmu psikologi yang ada, menjadi bekalan untuk bersua bagi meleraikan rasa tidak puas hati terhadap individu yang merupakan orang penting dalam organisasi.
Melalui pertemuan empat mata dan penjelasan situasi sebenar, akhirnya dapat memujuk rasa marah yang keterlampauan tetapi maruah diri dan harga diri masih dicari. Berita ini cepat tersebar kerana ia adalah insiden antara dua orang penting di organisasi tersebut. Namun, yang paling mendukacitakan ialah orang yang cuba mengapi-apikan keadaan dan cuba melaga-lagakan sesama rakan dan memakai topeng berasa gembira kerana berjaya menghasut, namun sayang sekali yang tidak berjaya mengawal diri itu akhirnya terdiam dan duduk untuk muasabah diri merenung sendiri sikap yang keterlampauan kerana tidak berjaya mengawal diri dan akhirnya mudah hilang pertimbangan.
Melepaskan rasa geram di khalayak ramai adalah satu kegagalan dalam mengawal emosi. Profesional merupakan status, tetapi bertindak macam samseng jalanan, betul-betul membuat diri banyak istighfar dan memikirkan situasi adalah tidak sesuai untuk memanjangkan hal yang remeh temeh. Akhirnya, penyelesaian dicari, iaitu beradu tenaga dan bertegang urat bukan satu penyelesaian tetapi berbicara dari hati ke hati boleh melembutkan hati yang keras. Sesuai dengan pepatah ' setitis air yang jatuh menitik ke batu yang keras, lama-lama akan meninggalkan kesan jua'. Dalam sekelip mata, semuanya berubah wajah, yang ramah bermasam mencuka, yang dekat akan semakin jauh, namun jauh disudut hati...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Terkesima sementara, pada awal pagi baru saja selesai bacaan yasin, namun bisikan syaitan dan orang yang suka mengadu domba merupakan punca dan dalang pada insiden yang merupakan sejarah yang tak mungkin dilupa. Keseluruhannya 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.