Kecemerlangan dalam sesuatu bidang bukan senang untuk diperolehi dan tidak juga mustahil untuk dicapai. Ianya memerlukan daya usaha yang keras dan semangat juang yang tinggi. Seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi membantu dirinya mengubah taraf kehidupan sesebuah keluarga.
Oleh yang demikian, sebagai seorang murid, tugas Utama adalah belajar. Belajarlah tanpa erti kenal putus asa. Kerana kejayaan anda adalah kejayaan bagi ibu bapa, diri sendiri, guru-guru dan sekolah.
Di kesempatan ini, saya dengan isteri sempat menghadiri Majlis Graduasi Untuk pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki Sijil Menengah Ugama (SMU) di SMA Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut. Besar sangat harapan, namun Allah swt yang telah merencanakan semuanya. Tahniah, kepada anakanda Muhammad Syahiir Ezzat. Ingatlah 'dimana ada kemahuan, distu ada jalan'. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



































No comments:
Post a Comment