Friday, April 17, 2020

Walimatul Urus.

Pada Tarikh 29 Februari 2020, saya dan isteri sempat menyaksikan majlis perkahwinan anak saudara Zainal Haji Ahmad, yang merupakan adik ipar abang saya Rosli Bin Andalan, di Kg. Surati, Papar. Saudara Zainal, mengawinkan anak perempuannya dua orang sekali gus. Kedua-dua menantunya juga berasal dari daerah Papar.

Dalam kesempatan ini, saya sempat bersuai kenal dengan sebahagian penduduk-penduduk Kg. Surati. Tambahan pual, sejak saya menetap di daerah ini, saya pernah duduk menyewa di perumahan Kg. Surati, jadi rasanya tidaklah kekok sangat.

Semoga perkahwinan anak-anak saudara Zainal Hj.Ahmad akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Kerana majlis seumpama ini, adalah satu majlis yang amat bermakna kepada kedua ibubapa kerana Berjaya menyaksikan sendiri dan mengatur sendiri majlis Kawin anak perempuan.

Selamat Pengantin Baru.


















































































No comments: